
LATAR BELAKANG KPJ
Kelab Pencegahan jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di
semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, kementerian pelajaran Malaysia.
Matlamat Penubuhan KPJ
- Membangkitkan kesedaran dan kepekaan
murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala anti sosial di sekeliling
mereka.
- Mewujudkan kerjasama yang erat di antara
pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah jenayah sama ada di dalam
atau di luar sekolah.
- Membentuk komuniti murid yang mempunyai
kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman
tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang
harmoni dan aman.
Objektif KPJ
-
Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab
dalam pencegahan jenayah.
-
Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di
kalangan murid.
-
Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan
adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
-
Menyediakan garis panduan tentang cara-cara
pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.
-
Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab
dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.
No comments :
Post a Comment